Wednesday, 17 August 2016

CARA MENENTANG MALAYAN UNION

PENENTANGAN SECARA INDIVIDU 
  1. Dato' Onn Ja'afar menyeru orang Melayu berkongres dan menubuhkan United Malays Organisation (U.M.O) sebagai benteng menentang Malayan Union.
  2. Sultan Johor menghantar surat kepada Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan menarik balik sokongan terhadap Malayan Union.



PENENTANGAN MELALUI AKHBAR
  1. Orang Melayu  menyuarakan bantahan secara berterusan melalui akhbar Melayu.
  2. Utusan Melayu, Majlis dan Warta Negara memuatkan berita menggesa orang melau menentang Malayan Union.
PENENTANGAN SECARA KOLEKTIF

1. Mengadakan demonstrasi
  • secara beramai-ramai dan secara damai.
  • di Kota Bharu, Kelantan; Alor Star, Kedah.
2. Mengadakan rapat umum
  • di setiap bandar besar.
  • untuk menunjukkan bantahan kepada ahli-ahli Parlimen British.
3. Kongres Melayu 1946
  • Kongres Melayu Pertama diadakan dari 1 hingga 4 Mac 1946.
  • diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
  • bersetuju menubuhkan U.M.M.O untuk menentang Malayan Union .
4. Raja-Raja Melayu berkumpul
  • di Kuala Kangsar untuk menyatakan bantahan secara terbuka kepada ahli-ahli Parlimen British.
5. Kongres Melayu Kedua
  • meminta Raja-Raja Melayu memulaukan pelantikan Gabenor Malayan Union .
  • Berkabung  selama 7 hari dengan melilitkan kain putih di lengan baju atau di songkok.
  • Diadakan untuk membantah pengisytiharan Malayan Union.
FAKTOR-FAKTOR PENENTANGAN ORANG MELAYU TERHADAP PERLEMBAGAAN MALAYAN UNION
  1. Raja-raja Melayu hilang kedaulatan 
  2. Pemberian kerakyatan secara jus soli kepada orang asing akan menyebabkan hak keistimewaan orang Melayu terancam,mengurangkan majoriti orang Melayu serta menjejaskan ekonomi dan politik orang Melayu.
  3. Pengubalan Malayan Union dibuat di London tanpa pengetahuan dan penglibatan pemimpin Melayu.
  4. Sir Harold MacMichael mendapatkan persetujuan dan tanda tangan Raja-raja Melayu terhadap perlembagaan Malayan Union melalui kekerasan , ugutan dan paksaan.

Tuesday, 16 August 2016

SEBAB PENENTANGAN ORANG MELAYU TERHADAP MALAYAN UNION

RUJUKAN-KUNCI EMAS SEJARAH TINGKATAN 5

CIRI-CIRI UTAMA PERJANJIAN MALAYAN UNION

  • Semua negeri Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka disatukan.
  • Singapura kekal sebagai tanah jajahan Mahkota British di bawah seorang Gabenor British yang berasingan.
  • Malayan Union diketuai oleh seorang gabenor yang berkuasa penuh dalam hal pentadbiran dan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Undangan Persekutuan.
  • Kedaulatan Raja-Raja Melayu dihapuskan.
  • Perlembagaan Malayan Union memberikan hak kewarganegaraan yang sama tanpa mengira bangsa dan keturunan berdasapkan prinsip jus soli.