Thursday, 29 September 2016

PENGENALAN

PENGENALAN AHLI KUMPULAN

Blog ini direka adalah untuk memenuhi skop pembelajaran subjek Pengajian Malaysia (DUB 1012) pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Kulim,Kedah.

NUR AMANINA BINTI SUHAIMI
16DAT16F1024

URAIWAN A/P SIN NUAN
16DAT16F1040

NUR AMIRAH HAZIQAH BINTI MOHAMAD MUSRI
16DAT16F1015

CHONG JIA YEE
16DAT16F1002


Dari kiri amanina ,uraiwan,amirah dan chong jia yee

Wednesday, 28 September 2016

Rujukan

1 ) Normurni Mohamad , Razana Fatin Abdullah @ Razali & Mohamad Faizal Ahmat, Oxford Fajar, Pengajian Malaysia, Siri Politeknik.

2 ) http://www.arkib.gov.my/web/guest/home

3 ) https://ms.wikipedia.org/wiki/Malayan_Union

4 ) Mardiana Nordin & Hasnah Hussiin , Oxford Fajar , Edisi Kelima, Pengajian Malaysia.

ISU SEMASA


Tema Sehati Sejiwa Sempena Hari Merdeka Tidak Berubah

Diterbitkan: Isnin, 20 Jun 2016 7:28 PM


KUALA LUMPUR: Tema 'Sehati Sejiwa' pada sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2015, dikekalkan sebagai tema sambutan pada tahun ini.

Perkara itu diumumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016 di Angkasapuri, Isnin.

Salleh berkata tema berkenaan mampu meningkatkan semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia berdasarkan kepada penerimaan dan penglibatan rakyat dalam program-program sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang lalu.

"Tema, logo dan lagu sambutan juga masih dikekalkan untuk tahun ini dan turut dikekalkan adalah penggunaan nama Hari Kebangsaan sebagai panggilan rasmi dengan tidak menyebut bilangan ulang tahun sambutan," katanya.

Antara program yang akan mewarnai bulan kebangsaan dan Hari Malaysia mulai Julai sehingga Oktober nanti termasuk program MERDEKA@komuniti, pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang, Doa Untuk Malaysia, Kayuhan Sehati Sejiwa, Karnival Merdeka, Amanat Hari Kebangsaan, Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2016 dan Sambutan Hari Malaysia 2016.

Dalam pada itu, Salleh berkata penganjuran hari kebangsaan bukan semata-mata milik kerajaan yang memerintah sahaja tetapi sebaliknya semua pihak termasuk badan-badan bukan kerajaan dan badan korporat perlu bersama memainkan peranan dalam menganjurkan hari kemerdekaan.

"Konsep hari kemerdekaan itu adalah hari milik kita bersama, dan untuk itu semua pihak perlu melibatkan diri," katanya.

Katanya, sambutan itu perlu ditekankan semua pihak kerana dikhuatiri wujud persaingan iaitu pendekatan ke arah pengaruh perasaan globalisasi terhadap semangat nasionalisme ekoran kemajuan dunia teknologi tanpa sempadan.

"Kerana kita berhadapan dengan dunia digital iaitu kadang-kadang kita rasakan kita tidak lagi ada sebuah negara tapi sedangkan kita memiliki negara yang merdeka, ini yang harus kita tanamkan khususnya kepada generasi muda.

"Jangan nanti nasionalisme global itu melunturkan perasaan kita yang cinta kepada hari kebangsaan," katanya.

Sementara itu, beliau berkata penting untuk semua rakyat bersyukur dengan keamanan yang dikecapi pada hari ini dan sehubungan itu rakyat perlu terus bersatu padu membangunkan negara.

Katanya, dalam konteks bersatu padu itu tidak semestinya rakyat mempunyai pandangan sama dalam soal kepartian dan politik tetapi perkara yang lebih penting adalah bersatu padu untuk menentukan agar negara aman damai dan stabil.

VIDEO PROSES PEMBENTUKAN KEMRDEKAAN


SEJARAH KEMERDEKAAN MALAYSIA


KEMERDEKAAN TANAH MELAYU


ERTI KEMERDEKAAN


KESIMPULAN 

       Penghayatan terhadap peristiwa sejarah akan menimbulkan kesedaran dan nilai-nilai murni dalam kalangan rakyat supaya perpaduan dan keharmonian negara dapat dikekalkan. perjalanan sejarah negara ini pernah diceroboh kuasa asing . Masyarakat Melayu selaku masyarakat peribumi telah mengusahakan pelbagai cara bagi mengembalikan kedaulatan dengan mengorbankan jiwa dan raga mereka. Perjuangan ini kemudiannya disusuli juga oleh kaum-kaum lain yang kemudian bersama-sama berusaha untuk memartabatkan sebuah negara yang merdeka. Kerjasama dan tolak ansur antara kaum akhirnya membuahkan hasil apabila kemerdekaan berjaya dikecapi dan matlamat mendirikan negara berdaulat tercapai pada tahun 1957.

Monday, 26 September 2016

INFO

GARIS MASA

  • 14 Ogos 1941: Britain memeterai "Piagam Atlantik" yang mengisytiharkan hak negara-negara untuk penentuan diri.
  • penghujung 1942: Pembentukan "Unit Perancangan Tanah Melayu" di United Kingdom untuk menyediakan pembinaan semula Tanah Melayu selepas Perang Dunia II.
  • Januari 1944: Cadangan untuk Malayan Union dikemukakan buat pertama kali oleh Edward Gent, Penolong Setiausaha Rendah Tetap bagi Tanah Jajahan British, di Parlimen United Kingdom.
    • Musim bunga: Pejabat Kolonial menjemput Sir Harold MacMichael untuk mengetuai perwakilan ke Tanah Melayu selepas peperangan untuk memperoleh perjanjian yang baru daripada sultan-sultan untuk bersetuju dengan Malayan Union.
  • 3 September 1945: Kabinet British memberikan kebenaran untuk dasar Tanah Melayu yang baru dan bersetuju dengan misi MacMichael.
  • 21 Disember 1945: Setiap Sultan atau Pemangku Raja telah memeterai perjanjian baru untuk membentukkan Malayan Union.
  • Januari 1946: Pihak British mendedahkan rancangan Malayan Union melalui sebuah Kertas Putih.
  • 1 Mac 1946: Kira-kira 200 orang Melayu yang mewakili 41 buah persatuan berhimpun di Kuala Lumpur untuk Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu (Pan-Malayan Malay Congress). Kongres itu membincangkan penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) serta kempen terselaras untuk menentang Malayan Union.
  • 1 April 1946Malayan Union diisytiharkan oleh kerajaan jajahan British.
  • 1 Mei 1946: Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu Ke-2 diadakan di Johor Bahru. Penubuhan UMNO diisytiharkan dan Dato Onn Jaafar, Menteri Besar Johor, dipilih sebagai Presiden pertama. Kongres ini juga mengisytiharkan bahawa perjanjian-perjanjian MacMichael tidak sah dan mendesak bahawa Malayan Union dimansuhkan.
  • 1 Februari 1948Malayan Union dibatalkan secara keseluruhannya dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu seperti yang telah dipersetujui dengan UMNO dan Raja-raja Melayu.



    Rujukan : https://ms.wikipedia.org/wiki/Malayan_Union

    Friday, 23 September 2016

    PENGAJARAN

           Pengajaran yang diperolehi ialah kemerdekaan di Tanah Melayu dicapai bukan dengan cara yang mudah tetapi berlaku secara berperingkat. Uniknya, kemerdekaan ini dicapai dalam keadaan yang aman dan melalui rundingan. Kita mestilah belajar bagaimana untuk menghargai apa yang kita telah miliki. kita mestilah menanam sifat cintakan tanah air. Kesabaran itu penting untuk mencapai apa yang diingini.

    Selain itu, Malaysia  telah melalui pelbagai liku, halangan dan cabaran sebelum menjadi sebuah negara yang berdaulat pada hari ini. Seterusnya, rakyat perlu bersatu menentang kuasa asing yang menduduki negara termasuklah pengkhianat negara. Suara rakyat melalui pilihan raya adalah asas penting dalam menentukan tampuk pemerintahan hala tuju negara. 

    Malah, peristiwa penubuhan Malaysia memberi pengajaran kepada bakal pemimpin pada masa akan datang agar tidak mementingkan diri dalam segala hal, sebaliknya kepentingan  semua pihak perlu diambil kira.

    Akhir sekali, pemimpin Persekutuan Tanah Melayu tidak mementingkan diri, sebaliknya bersedia berkongsi kajayaan dan kemakmuran negara dengan wilayah-wilayah jiran yang masih dalam taklukan penjajah.


    Sunday, 18 September 2016

    Reaksi Orang Melayu 

    1. Golongan radikal Melayu bersetuju dengan pelaksanaan Malayan Union.
    2. Menurut mereka, Malayan Union dapat;     
        a) menyatukan pentadbiran Negeri-Negeri Melayu
        b) melicinkan pentadbiran 
        c)menyokong dasar sama rata Malayan Union
    3. Orang dagang pula bersetuju kerana prinsip jus soli dapat;
        a) megekalkan kerakyatan asal masing-masing
        b)menghapuskan hak pelindungan orang melayu
    4. Parti Kebangsaan Melayu Malaya turut menyokong pelaksanaan Malayan Union.
    5. Bagi mereka pengenalan pentadbiran Barat dalam Malayan Union dapat;
        a) menghapuskan sistem feudal Melayu 
        b) menghapuskan kuasa raja dan pembesar Melayu
        c) percaya konsep republik dapat dijalankan
        d) merealisasikan cita-cita mewujudkan Melayu Raya
        e) menyatukan pentadbiran agama Islam bagi memudahkan hal ehwal pentadbiran Islam
    6. Selain itu, wujud segelintir pegawai Melayu yang menyokong Malayan Union kerana mereka berasaskan British merupakan kuasa besar yang mempunyai kewibawaan untuk mentadbir Tanah Melayu.


    INFO TAMBAHAN

    Golongan Radikal Melayu


    • Orang Melayu yang menolak sistem politik feudal dan memandang Indonesia sebagai inspirasi.
    • Menyokong penubuhan negara Melayu Raya menerusi penggabungan dengan Indonesia.
    Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
    • PKMM ditubuhkan pada bulan Oktober 1945 di Ipoh, Perak.
    • Dianggotai oleh bekas ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM).
    • Presiden pertama ialah Mokhtaruddin Lasso, pemimpin Rejimen ke-10, Parti Komunis Malaya.


    VIDEO MALAYAN UNION



    SUMBER:youtube